Selasa, 19 Julai 2011

RAHSIA KEDAI MAMAK???

RAHSIA KEDAI MAMAK???

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur , dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
read more: http://al-mukmin.com/?page_id=390

Selasa, 12 Julai 2011

Raja Dangdut Malaysia, Iwan Syahman Sudah Berubah

Betul Ke Iwan Syahman Jadi Alim? Dulu Berdangdut Tapi Kini Sudah Berubah. Syukur.

Penyanyi terkenal dan bekas komposer lagu-lagu dangdut suatu ketika dahulu, Iwan sudah berubah penampilannya apabila mula mendekatkan diri dengan agama Islam dengan lebih kuat.
Gambar Iwan Syahman Raja Dangdut Malaysia Berubah Alim
 Gambar Iwan Syahman Yang Suatu Ketika Dahulu Merupakan Raja Dangdut Malaysia

Imej Iwan juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih berserban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik terutamanya imej dangdutnya suatu ketika dahulu menjadi hangat dan fenomena di Malaysia.

Namun, jiwa seninya masih ada dan Iwan menggunakan kelebihannya yang kreatif untuk mencipta lagu-lagu dengan menghasilkan lagu-lagu berkonsep ketuhanan dan kerohanian. Iwan baru muncul dengan album baru yang berjudul Segalanya Allah.
Gambar Iwan Syahman Raja Dangdut Jadi Alim
 Gambar Iwan Syahman Terbit Album Segalanya Allah

Iwan juga menggunakan nama barunya iaitu Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman) apabila muncul dengan album baru Segalanya Allah.

Pelancaran album Segalanya Allah tersebut diadakan di Restoran Andalusia, Kuala Lumpur hari ini.


SENJATA PALING KEJAM


AL QURAN