Selasa, 19 Julai 2011

RAHSIA KEDAI MAMAK???

RAHSIA KEDAI MAMAK???

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya: adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.
Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.
Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan “tuhan” mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.
Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.
Mungkin mereka boleh menipu pelanggan dengan menggantungkan poster-poster al-Quran atau menggaji pekerja-pekerja India Muslim yang mampu menjawab salam apabila disapa, tetapi mereka tidak akan sekali-kali menggadaikan “aqidah” mereka dengan menyembelih, memasak dan menghidangkan tuhan mereka itu.

Saya pernah membuat kajian rambang di sekitar Gombak dan Kuala Lumpur , dengan cara begini;
Saya memasuki restoran dan meninjau-ninjau di kaunter lauk-pauk. Selalunya akan tercatat pada lauk daging – “daging lembu” atau “daging kambing”. Sekiranya terdapat daging masakan daging lembu semestinya tuan restoran tersebut adalah mamak Muslim.
Seandainya, tidak terdapat sebarang tulisan / tanda pada lauk berkenaan, saya akan bertanyakan kepada pelayan restoran tersebut; “ada lauk daging tak?”
Pernah terjadi, pelayan tersebut menjawab, “kambing ada, daging lembu tiada”.
Apabila mendengar jawapan tersebut, saya akan bertanya kembali, “kenapa tiada lauk lembu?”.
Selalunya, pelayan restoran Mamak Muslim palsu akan terperangkan dan tergagap-gagap untuk menjawab..
Seterusnya, cabut sahaja daripada restoran tersebut.
Antara restoran yang saya dapati memang sebenar-benar mamak Muslim dengan cara ini adalah Restoran Thaqwa di Sri Gombak, dan Restoran Mamak (saya tak ingat namanya) di hadapan Bank Muamalat di Kuala Lumpur..
Sementara restoran yang saya kira sebagai bukan restoran bukan mamak yang menyamar Muslim adalah restoran Mamak (pun saya tidak ingat namanya) di kawasan jalan pudu/jalan pasar, dan sebuah restoran mamak (pun saya tidak ingat namanya) di deretan Bangunan Plaza UMNO di Batu Caves. Restoran-restoran ini menggunakan nama Restoran Muslim, dan restoran tersebut terdapat ayat-ayat Quran dan poster-poster keislaman, tetapi apabila ditanya tentang lauk daging lembu, mereka tergagap dan terpinga-pinga.
Anda boleh cuba di tempat anda!
read more: http://al-mukmin.com/?page_id=390

Selasa, 12 Julai 2011

Raja Dangdut Malaysia, Iwan Syahman Sudah Berubah

Betul Ke Iwan Syahman Jadi Alim? Dulu Berdangdut Tapi Kini Sudah Berubah. Syukur.

Penyanyi terkenal dan bekas komposer lagu-lagu dangdut suatu ketika dahulu, Iwan sudah berubah penampilannya apabila mula mendekatkan diri dengan agama Islam dengan lebih kuat.
Gambar Iwan Syahman Raja Dangdut Malaysia Berubah Alim
 Gambar Iwan Syahman Yang Suatu Ketika Dahulu Merupakan Raja Dangdut Malaysia

Imej Iwan juga sudah berbeza dari dulu apabila memilih berserban sebagai imej harian. Semua orang beranggapan Iwan sudah mahu menjauhkan diri daripada muzik terutamanya imej dangdutnya suatu ketika dahulu menjadi hangat dan fenomena di Malaysia.

Namun, jiwa seninya masih ada dan Iwan menggunakan kelebihannya yang kreatif untuk mencipta lagu-lagu dengan menghasilkan lagu-lagu berkonsep ketuhanan dan kerohanian. Iwan baru muncul dengan album baru yang berjudul Segalanya Allah.
Gambar Iwan Syahman Raja Dangdut Jadi Alim
 Gambar Iwan Syahman Terbit Album Segalanya Allah

Iwan juga menggunakan nama barunya iaitu Iwan Syahman (nama sebenarnya Wan Syahman) apabila muncul dengan album baru Segalanya Allah.

Pelancaran album Segalanya Allah tersebut diadakan di Restoran Andalusia, Kuala Lumpur hari ini.


SENJATA PALING KEJAM


Ahad, 22 Ogos 2010

Operasi Pappa Rich Restoran

Kuala Lumpur, Khamis, 29 JULAI 2010 - Rentetan kisah benar dalam “Jejak Dakwah Lapangan Ustaz Abd. Halim”. Operasi Pappa Rich Restoran, 23b Julai 2010, Kepong Prima, Kuala Lumpur.


Bila tersebar sahaja berita di media massa mengenai ayam yang tak sembelih dan penyalahgunaan LOGO HALAL, ramailah yang memberi pandangan tentangnya. Namun mereka (orang Islam) tak pernahpun merujuk kepada Al-Quran dan Hadith Nabi saw. Maka kita tidak beriman dan mengikut surahan dan peringatan Nabi saw di Khutbah Yang Terakhir, antara sabda Nabi saw; “Berpeganglah kamu kepada al_quran dan SunnahKu, nescaya kamu tidak akan sesat”. Oleh kerana kita tidak endah akan suruhan Nabi maka banyak penyelewengan dari berbagai aspek melanda umat Islam kini, khususnya di Malaysia.

Kalau saudara seislam semua nak tahu, logo HALAL yang dala gambar tu bukanlah logo HALAL JAKIM yang terkini, dah bertahun pihak JAKIM mansuhkannya. Pentaulihan HALAL hanya diberi oleh pihak JAKIM dan bukan daripad agensi-agensi swasta seperti yang dipakai oleh Restoran Pappa Rich ni. Sijil HALAL ni tidah sah dan orang Islam ditipu sekian lama.

Sedangkan ia amat meragukan, apatah lagi tempat yang kami buat pantauan (premis penyembelihan) di Jinjang Utara, Kedai Kim Foog Trading, kami dapati tercatat dalam resit belian pada Jun 2010 ialah Restoran Pappa Rich, bernial RM4,623.00 sehingga 10hb Jun 2010. Kami tak tahu Restoran Pppa Rich yang mana, tapi bagi memastikannya kami buat operasi HALAL. Pada pagi Jumaat 23hb Julai 2010, sekitar jam 10 kami buat inspection di segenap penjuru restoran berkenaan. Turut hadir beberapa kakitangan dari JAKIM, Ustaz Amri, JAWI Ust Fatah, Jabatan Hal Ehwal Pengguna, saya sendiri PUM (wil), bagi mendapat pengesahan mengenai perkara tersebut.




Rabu, 14 Julai 2010

Mohon sumbangan buat belajar ke Jordan

Sumbangan ikhlas ke Jordan

Assalamua’laikum.. ana Ashaari bin Hammat Zakri lulusan diploma Syariah Islamiyyah dari Kolej Islam Darul Ridzuan (20061424) akan melanjutkan pengajian ke timur tengah pada sekitar bulan 9 @ 10 tahun 2010 dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Syariah Islamiyyah. Dengan demikian ana memohon ehsan dari dato’/datin tuan/puan saudara sesama Islam mahupun yang bukan Islam memberi sumbangan kepada ana bagi menampung perbelanjaan ana di sana.



Untuk makluman, yuran pengajian termasuk kos sara diri di Universiti Mu’tah, Jordan paling minima ialah RM 28,782.00 bagi tempoh 2 tahun dengan kehidupan yang sangat bersederhana di sana. Maka dengan adanya ehsan dari pihak dato’/datin tuan/puan ini dapatlah melapangkan kesulitan yang akan ana tanggung semasa tempoh pengajian ana di sana nanti. Ana tidak mampu untuk membalas jasa baik saudara sekalian melainkan dengan doa kepada Allah s.w.t. agar dimurahkan rezeki saudara sekalian dan diberkati oleh-Nya disamping ilmu yang ana sebarkan menjadi amal jariah dan saham akhirat bagi saudara sekalian.


Segala usaha saudara sekalian yang membantu dalam urusan agama Islam akan mendapat ganjaran dari Allah s.w.t. Segala sumbangan dari saudara sekalian terlebih dahulu ana menjunjung setinggi-tinggi penghargaan serta ucapan ribuan terima kasih. Semoga Allah s.w.t. menambahkan lagi rezeki yang berlipat kali ganda serta memberkati dan merahmati saudara sekalian.


Kelebihan orang yang yang bersedekah; sumber untuk memperoleh rezeki yang suci dan bertambah dengan suka bersedekah di jalan Allah. Firman Allah s.w.t.:


“Katakanlah (Wahai Muhammad): "Sesungguhnya Tuhanku memewahkan rezeki bagi sesiapa yang dikehendakiNya di antara hamba-hambaNya, dan ia juga Yang Menyempitkan baginya; dan apa sahaja yang kamu dermakan maka Allah akan menggantikannya; dan Dia lah jua sebaik-baik pemberi rezeki". –surah Saba’ : 39.


Sabda Nabi s.a.w.:


“Tidak satu hari pun di mana seorang hamba berada di pagi harinya, melainkan ada dua malaikat turun (ke dunia) kemudian salah satu dari keduanya berdoa: ‘’Allahumma ya Allah, berilah ganti kepada orang yang mendermakan sebahagian rezekinya’’ yang satunya lagi berdoa: “Allahumma ya Allah, berilah kerosakan kepada orang yang tidak mahu menderma”. H.R. Bukhari dan Muslim.


Kelebihan mengeluarkan zakat:


Riba memusnahkan harta manakala zakat menyuburkannya. Firman Allah s.w.t.:


“Allah susutkan (kebaikan harta yang dijalankan dengan mengambil) riba dan ia pula mengembangkan (berkat harta yang dikeluarkan) sedekah-sedekah dan zakatnya. dan Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang kekal terus dalam kekufuran, dan selalu melakukan dosa.” – surah Al-Baqarah: 276


NOTA: HENDAKLAH ORANG YANG BERIMAN YAKIN AKAN JANJI ALLAH DI ATAS. SESUNGGUHNYA BENARLAH KATA-KATA ALLAH YANG MAHA BESAR.


MAKLUMAN: ana ada memohon untuk pengajian di Universiti Islam Madinah dan keputusannya akan diketahui sekitar bulan 8 ini, seandainya ana ada rezeki ke sana ana akan terima tawaran tersebut dan sumbangan saudara sekalian akan ana sumbangkan sebahagiannya kepada sahabat-sahabat ana dari Kolej Islam Darul Ridzuan yang akan menyambung pengajian di Universiti Mu’tah, Jordan pada tahun ini. Mohon di halalkan segalanya walau sesen.. akhir sekali ana mohon doa dari tuan/puan sahabat sekalian agar ana terpilih oleh Allah s.w.t. menjadi pelajar di Universiti Islam Madinah pada tahun ini.. amiieen…


Nama: Ashaari bin Hammat Zakri.


No. Akaun MayBank: 158024880397


No. IC: 880802-08-5797


No. tel : 013-5016328


No. tel Ibu: 019-5432108

Ahad, 18 Oktober 2009

Mana milik kita - Tidak ada milik kita
Semua yang ada - ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya - Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat - ALLAH sudah sediakannya

Kita Allah punya - Bumi langit ciptaanNYA
Miliklah apa saja - Tidak terlepas dari ciptaanNYA

Mana kita punya - Tidak ada kepunyaan kita
Kita hanya mengusahakan - Apa yang telah ada

Mana milik kita - Tidak ada milik kita
Semua yang ada - ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya - Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat - ALLAH sudah sediakannya

Mengapa kita sombong - Memiliki ALLAH punya
Mengapa tidak malu - Kepada ALLAH yang empuNYA

Patut bersyukur kepada ALLAH - Yang memberi segalanya
Malulah kepada ALLAH - Kerana milik DIA punya
Janganlah berbangga - Apa yang ada pada kita
Kalau Allah tidak beri - Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit - Mengungkit jasa kita
Jasa kita disisiNya - Yang sebenarnya - ALLAH punya

Marilah kita bersyurkur - Bukan berbangga
Bersyukur kepada ALLAH - Bukan mengungkit jasa
Gunakanlah nikmat ALLAH itu – Untuk khidmat kepadaNya
Selepas itu lupakan saja - Agar tidak mengungkit-mengungkitnya

Mana milik kita - Tidak ada milik kita
Semua yang ada - ALLAH yang punya
Tidak ada kita punya - Kita hanya mengusahakan saja
Apa yang kita dapat - ALLAH sudah sediakannya.

AL QURAN